Tadbir Urus Pengurusan Harta Luqatah di Malaysia: Suatu Analisis Perbandingan
The Governance of Luqatah Management in Malaysia: A Comparative Analysis
DOI:
https://doi.org/10.55265/lpsjournal.v4i1.90Keywords:
Luqatah, Baitulmal governance, Procedural standardisation, Public Wealth, Pengurusan harta awam Islam, Tadbir urus baitulmalAbstract
This study examines the management models of luqatah (lost property) implemented by baitulmal related institution in Malaysia, focusing on six core components: receipt, storage, public announcement, claims, valuation and disposal. A qualitative approach was employed through document analysis and interviews with institutional officers to assess the level of operational consistency across states. The findings show that all institutions adhere to fundamental Shariah principles and general procedures, particularly in documentation, the one-year announcement period, and verification prior to returning property. However, significant variations were identified at the operational level, including record system integration, handling of low-value cash, depreciation guidelines and disposal mechanisms. These differences reflect varying levels of administrative development and highlight the need for greater procedural alignment. The study proposes the development of clearer national guidelines, an integrated record system, and a more structured valuation framework. The findings contribute empirical evidence to strengthen transparency and efficiency in luqatah management in Malaysia.
Abstrak
Kajian ini menganalisis model pengurusan harta luqatah yang diamalkan oleh institusi pengurusan harta di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada enam komponen utama, iaitu penerimaan, penyimpanan, hebahan, tuntutan, penilaian dan pelupusan. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen prosedur dan temu bual bersama pegawai institusi bagi menilai tahap keseragaman pelaksanaan antara negeri. Dapatan menunjukkan bahawa semua institusi mematuhi prinsip asas syariah dan prosedur umum, khususnya dari segi dokumentasi, tempoh hebahan setahun serta siasatan sebelum pemulangan harta. Walau bagaimanapun, variasi ketara dikenal pasti pada peringkat pelaksanaan teknikal, termasuk integrasi sistem rekod, pengurusan wang tunai bernilai kecil, garis panduan susut nilai serta mekanisme pelupusan. Perbezaan ini menunjukkan tahap kematangan pentadbiran yang berbeza antara negeri dan keperluan penyelarasan yang lebih sistematik. Kajian ini mencadangkan pembangunan garis panduan kebangsaan yang lebih terperinci, sistem rekod bersepadu serta kerangka penilaian yang responsif terhadap perubahan nilai pasaran. Penemuan ini menyediakan asas empirikal bagi memperkukuh ketelusan dan kecekapan pengurusan harta luqatah di Malaysia.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Radin Ahmad Taufik Salikin Izzaddin, Ahmad Syukran Baharuddin, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Hasnizam Hashim, Zulfaqar Mamat, Muhammad Aunurrochim Mas'ad Saleh, Mohamad Amir Wan Harun

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








